Tenangnya suasana pagi
ini. Jubah hijau muda bercorak batik, dengan rambut berombak yang ditutup
dengan topi graduasi ini cukup menampakkan jiwa keremajaan aku. Dari jauh aku
memerhatikan sekumpulan mahasiswa sedang bergurau-gurau sesama mereka.
Terpampang kegembiraan diwajah masing-masing. Hari ini aku telah beroleh
segulung ijazah. ‘Alhamdulillah, pagi
ini amat bermakna bagi aku, kepayahan, keperitan dan pengorbanan aku selama 4
tahun di universiti akhirnya membuahkan ini. Ya, ini’ desis hatiku yang kagum dengan diri sendiri sambil
menggenggam kuat scroll ijazah aku
ini. Aku menghela nafas lega.
“Rindu ke?” tiba-tiba
terdengar suara comel seorang perempuan berbisik betul-betul dibelakang telingaku.
Dia seolah-olah mengerti akan perasaan aku tika itu.
Terkejut dengan bisikan
itu, aku terus menoleh kearahnya.
“Oh, kau Ida… ingatkan siapa tadi, berani kau peranjatkan
aku,” balasku spontan sambil mengejar Ida.
Kami memang dah kenal dan rapat sejak dari sekolah menengah lagi. Sikap nakal
dan kelakarnya memang tidak pernah lekang dalam diari hidup aku.
“Eh Aeril kenapa kau
ni, malulah orang tengok. Nanti kalau orang ingat aku isteri kau macamana?”
Kata-kata Ida itu memberhentikan kelakuanku sebentar. Aku terus memandang pada Ida
yang masih tidak berhenti ketawa. Ketawa
itulah yang menceriakan hidup aku sepanjang berkenalan dengannya. Dialah
sahabat yang tak pernah lari dalam susah dan senang hidup aku. Gurauannya
sentiasa mengisi ruang hidup aku tatkala ceria mahupun sedih.
“Hey
Nur Khalida, I don’t
like Malaysian girls at all okay. Not my taste ” kataku dengan penuh nada
memerli. Bukannya aku tidak suka kepada Ida, cuma aku hanya menganggapnya
sebagai kawan sahaja. Kalau nak dilihat dari paras rupa dan penampilan
, memang sesuai dengan perwatakannya
yang digilai ramai lelaki sejak dari sekolah menengah lagi. Aku masih tidak faham mengapa dia tidak mempunyai
teman lelaki sehingga kini. Itulah yang membuatkan aku respect padanya. Seorang perempuan yang digilai ramai lelaki,
tetapi tidak pernah mengambil kesempatan mahupun berhubungan membatasi syariat.
“Kau jangan nak
mengada-ngada panggil nama aku macam tu kat sini ye. Kau memang tak habis-habis
nak aku cubit kau kan?” ucap Ida dengan nada sedikit tegas sambil cuba untuk mencubit
aku. Maklumlah, dia tak suka dipanggil dengan nama penuh begitu. Dia hanya
dikenali dengan nama Ida oleh rakan-rakannya dari dulu hingga sekarang. Walaupun
cara berpakaian seperti seorang perempuan, tetapi perwatakan dia seperti
seorang lelaki. Mana tidaknya, dialah satu-satunya perempuan dalam adik-beradiknya
yang seramai empat orang. Sebelum
melangkah ke sekolah menengah, dia tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang
gadis dan tidak mempunyai ramai kawan yang sejantina dengannya. Cuma Rehan dan aku yang menjadi kawan rapatnya dari sekolah menengah hingga sekarang.
“Kau datang sini buat
apa?” sambungku lagi untuk mengelakkkan diri dari terus menjadi mangsa
keganasan Ida.
“Yelah, Putera Aeril
Akif. Minah not your taste ni
memanglah tak diundang.” jawab Ida dengan nada merajuknya yang mengada-ngada.
“Hoi, kenapa pagi-pagi lagi dah muka merah kawan
aku ni? Ada apa-apa ke yang aku terlepas?” muncul suara sinis dari belakang Ida.
Ida terperanjat, dengan pantas dia terus mengawal riak mukanya yang sedikit
kemerahan sebentar tadi.
‘Ya Allah, gembiranya aku, kau pertemukan kami
semula setelah sekian lama, terima kasih Ya Allah.’ Kelihatan Rehan pantas
menuju kearah Ida. “Hah, kenapa ni, mesti ada apa-apa” tanya Rehan lagi.
“Apa yang kau orang bincang ni?”
Tanya Rehan bersungguh-sungguh. Rehan memang tegas kalau ada rahsia antara kami
yang tidak diketahuinya.
“err… “
“kami borak-borak kosong je.
Takkan kau tak tahu Aeril ni, tak habis-habis nak usik aku” balas Ida pantas
memotong percakapanku. Aku hanya mampu tersenyum mendengar jawapan Ida itu.
Masih sempat dia kenyitkan matanya padaku ketika itu. ‘Nasib aku kawan baik kau
Ida, kalau tak...’ desis hatiku. Kenakalan Ida itu sudah lama aku hadam. Sehinggakan kadang-kadang orang
lain sudah mula salah faham terhadap perhubungan kami berdua. Aku tak kisah. Cukuplah
Ida, Rehan dan aku sahaja yang memahami hubungan kami ini.
“Oh, aku ingatkan Aeril ni dah
ada pasangan hidup” balas Rehan dengan nada yang agak memerli.
“Tak lah, dia masih menunggu
seorang perempuan yang sesuai dengan taste
dia” luah Ida dengan gaya manjanya sambil memerhatikan aku. Aku tahu dia sedang
memerli terhadap kata-kata aku sebentar tadi.
“Betul tu. Dahlah, aku dah letih
melayan si Ida ni. Kalau nak dilayankan dia, sampai ke esok pon tak habis. Oh
ya, bila kita nak makan sama-sama. Lagipun kan dah lama kita tak jumpa. Aku
rindu sangat dekat kau Rehan. Kalau si Ida ni, hampir setiap hari aku dah
tengok muka dia.” sambil membetulkan topi graduasi, kata-kataku itu
mentertawakan kami bertiga.
“Kalau Aeril yang belanja aku on je. Jom kita ambil gambar kat sana
tu, tinggal kita sahaja dekat sini.” ajak Ida tiba-tiba. Baru aku sedar, semua
orang sudah mula beredar dari situ. Cuma aku sahaja yang belum bergambar dengan
jubah graduasi ni. Inilah detik yang paling bermakna dalam hidup aku. Akhirnya
angan-angan untuk bergraduasi tercapai jua. Kehadiran kawan rapat aku ini
sedikit sebanyak mengubat rasa sedih diatas ketidakhadiran ibuku dihari bahagia
aku ini. Aku faham atas kesibukan ibu untuk mengurus dan membesarkan adikku
yang masih bersekolah di kampung. Suasana ceria itu tiba-tiba menjadi sepi
sebentar
“Aeril, kenapa ni? Cepatlah.”
Ajak Rehan dan Ida. Aku mula tersedar akan kehadiran mereka berdua. Keletah
mereka berdua yang sudah bergambar mendahului aku menceriakan aku semula.
“Hei, siapa yang graduate sekarang ni?” tanyaku dengan sedikit tegas. Mereka berdua
hanya tersenyum melihat telatah aku ketika itu. Kami bergambar bersama dan
meloncat keriangan.
*bersambung...
0 comments:
Post a Comment